Lama rasanya aku biar blog ni.. Naik berhabuk.. Hehehee..
Hari ni rasa mcm nak throw back misi pencarian anak yg aku dan suami lalui selama 2 tahun lepas.. Tak semua org dpt rasa betapa sunyi nya hati bila belum dikurniakan zuriat. Selepas sekali keguguran, aku dan suami nekad nak ambil anak angkat. Aku pun survey la sini sana, click sini sana, tanya sini sana.. Sehinggalah aku jumpa satu blog Rumah perlindungan. Aku pun baca entri-entri dlm blog tu. Rupanya kat luar sana ada ramai Biomum (Biological Mother) dok cari keluarga angkat utk anak yg diorg tengah kandungkan. Knp aku kata mcmni? Sb aku tinggalkan komen pendek je kat salah satu entri dlm blog tu. Aku tulis, " Jika ada adik-adik di luar sana yg ingin menyerahkan bayi utk dijadikan anak angkat, mohon hubungi saya 012-2392762; call, sms, whatsapp". Tak sampai pun seminggu, aku dah terima 3 org Biomum yg ingin menyerahkan anak mereka. Masya-Allah, rezeki.. Sekali Allah nak bagi, 3 mari.. Hehehee..
Yg aku nak bualkan kat sini ialah liku-liku dalam berurusan dengan Biomum-biomum ni.. Aku dan husband actually x meletakkan syarat atau sasaran bagaimana anak yg mahu kami cari kerana kami sedia maklum sebahagian bayi adalah x sah taraf nya..
Dari satu Biomum ke satu Biomum aku tanya dan kena tanya beribu soalan. Bincang kat mana Biomum nak bersalin, kat mana Biomum nak berpantang (sebab kebanyakkan Biomum ni sorokkan kandungan dr keluarga). Bermulalah rentetan...
BIOMUM 1 - Terlanjur kemudian hamil. Kekasihnya nak bertanggungjawab dan ingin sgt jd bapak tapi keluarga Biomum ni pentingkan kerjaya anaknya. Katanya Kolej Kejururawatan yg anaknya belajar, x benarkan pelajar berkahwin. Maka terkontang kantinglah perasaan si Biomum memikirkan bakal berpisah dgn bayinya. Biomum ni minta bersalin kat hospital swasta sebab x nak kelahiran bayinya dihidu pihak Kementerian Kesihatan. Aku dan suami ragu tapi kurang arif dlm soal undang-undang kelahiran. Maka, kami pun setuju dan sediakan kos yg mencukupi. Tibalah hari yg ditunggu, si Biomum lahirkan bayi lelaki. Kekasih si Biomum ada la Whatsapp sekeping gambar pd kami.. Comel (Nama dia Zharif).. Kami diminta ke Hospital esok hari utk jelaskan bil dan bawa Zharif balik. Masa tu dah terbayang2 dah aku mcmana nak dukung Zharif.. Hati tak payah cakap la.. Melompat2.. Tapi, lewat malam tu, si Biomum PM aku. Ringkas je, kataya "Kak, saya minta maaf, saya x dpt serahkan Zharif pd akak. Saya dan keluarga dah jatuh syg pd dia.. Saya tau akak marah, saya minta maaf".. Allah, rasa mcm jantung berhenti denyut sekejap. Mana x nye, aku dah ambil hormon susu, aku dah belanja barang keperluan Zharif malah aku dan suami dah prepare utk ke hospital esok paginya.. Ya Allah, kuatkan lah hati.. Nak dimarah x boleh, nak dipendam membakar diri.. Allah.. Allah.. Allah..
BIOMUM 2 - Terlanjur dan hamil kali kedua (jenis x serik).. Nauzubillah, semoga zuriat kamu terpelihara akhlaknya.. Kami mula berhubung masal kandungannya 5 bulan. Biomum ni memang cerewet dan banyak mahu nya.. Di sebabkan x nak kecewa lg, aku turut je kemahuan dia.. Nak vitamin yg mahal, nak susu yg berkhasiat, nak pakaian yg selesa.. Semua kami tanggung.. Ratus demi ratus aku bank in kat dia. Sampai lah hari yg dia sepatutnya dtg sb seminggu je lg nak bersalin.. Dr pagi kami berhubung. Sebelah tengahari tu, dia beritau dia tengah tunggu bas kat Pudu. Masa ni aku punya debar, mcm tunggu anak balik asrama.. Tapi, kami tetap ditimpa malang. Biomum ni terus hilangkan diri.. Call, SMS, Whatsapp semuanya x berjawab.. Dalam hati aku cakap "Ah! Kena lagi aku..!" Kami sekali lagi akur pd ketentuan Allah..
BIOMUM 3 - Terlanjur dgn suami org kemudian hamil. Si kekasih setuju utk nikah, tapi lepas bersalin dan dia x nak baby tu. Lelaki jahanam! Penghujung perbualan, Biomum ni minta diberi tumpang tempat tinggal once kandungannya masuk 6 bulan sebab..... Ibunya x tau dia hamil.. Aku bukan x boleh penuhi tp agak mustahil nak dapat persetujuan suami.. Sebab kami bekerja lain shift. Mana mungkin dia tinggal sebumbung dgn Biomum sewaktu aku bekerja di siang hari.. Jadi, biomum ni terpaksa aku kecawakan.. Semoga dia bertemu dengan orang yg lebih sesuai..
BIOMUM 4 - Buntu dgn kandungan sebab kekasih hilangkan diri lepas tau dia hamil. Walaupun dah kecewa sblm ni, aku dan suami setuju nak cuba sekali lg tp kali ni hati aku pula mcm berbelah bagi, takut hampa lg..Sambil aku berurusan dgn Biomum ni, aku ada minta nasihat dr "ibu" (penaung rumah perlindungan gadis terlanjur di JB). Aku tanya soalan-soalan berkaitan dgn keinginan aku utk ambil anak angkat dan niat aku nak bantu Biomum ni. Tp, nasihat yg aku dapat, mengubah niat dan persepsi aku. Kata "ibu" tu, jgn jadikan keinginan aku sbg alasan utk pisahkan bayi x sah taraf dr hak dan warisnya. Aku dinasihat spy lebih sensitif dan ihsan pd Biomum dan bayinya. Pertamanya, si Biomum harus berani pikul kesalahannya dan aku tak sepatutnya bantu Biomum menyorokkan kelahiran. Katanya lagi, walaupun x sah taraf, bayi tu tetap ada hak utk disayangi dan hidup di kalangan warisnya sendiri. Rasa macam dahi terhantuk kat dinding. Aku rasa selama ni aku dan suami terlalu ralit mengejar kainginan utk ada anak tanpa meluaskan pemikiran kami. Subhanallah, rasa bersyukur dipertemu dgn "ibu". Lepas tarbiah ringkas tu, aku pun nasihatkan si Biomum utk maklumkan tentang kandungannya pd kakak yg paling rapat dgn dia. Sebab kata "ibu" hanya waris yg boleh bawa bayi x sah taraf discharge dr hospital. Jika tiada waris, bayi akan diletakkan di bawah jagaan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Nasihat, perbalahan, bertukar pendapat, akhirnya si Biomum mendapat setuju. Itupun lepas aku cakap "Mcm mana kalau Allah takdirkan baby ni satu2 nya anak awak? Kalau nanti2 awk x dapat hamil lagi, awk akan menyesal.." Akhirnya bayi tu dipelihara oleh kakak si Biomum. Alhamdulillah..
Selepas Biomum ke-4 ni, berakhirlah pencarian kami. Kami serahkan semuanya pd Allah s.w.t. Semoga diberi peluang jadi ibubapa.. Bagaimana dan bila, biarlah Allah yg tentukan.