Tuesday, 30 October 2018

Adwaridza My Baby Boo


Masih aku ingat lg berapa beratnya penantian aku dan suami nak dapat anak. Keguguran lepas 3 bulan kahwin adalah satu kehilangan besar buat kami. Dan selepas dari tu, kami tunggu.. tunggu.. dan terus tunggu.. berharap dan berdoa..

Sampai satu saat, kami rasa redha dan tak berharap lagi. Kami mula menikmati hidup berdua tanpa memikirkan persoalan sekeliling "Bila nak ada anak ni..?". "Sampai bila nak hidup berdua ni..?". Bermacam petua lah kami dapat tapi kami memilih utk berserah..



2 Nov 2016 - Kami sambut ulangtahun pernikahan ke-3.. Benarlah bahawa Allah akan beri sesuatu itu mengikut keperluan bukan mengikut kehendak kita.. Masa tengah dating sambil cicah roti canai kat kuah dhal, suami aku cakap, "Abg kan, kalau tahun ni syg mengandung, abg janji, abg buat semua kerja rumah... syg relax je.. tengok je abg buat".. Dalam hati aku ade la terdetik "Aku dah 5 hari ni lewat period.." Tapi selama 4 tahun ni dah berpuluh kali aku lewat period tp x ngandung pun... So aku senyum je kat suami.. Hehehee "Ye lah tu..."


Sampai rumah malam tu, aku cam x leh nak duduk diam.. Aku asyik je teringat kata-kata suami aku kat mamak tadi. Rasa teringin nye nak tuntut janji dia.. So berbekalkan UPT (Urine Pregnancy Test) stick aku yg terakhir (daripada 100 batang), aku pun check la.. Separuh hati cam berharap tp separuh lagi bersedia utk kecewa sebab dah 99 kali negatif kan..

Aku pejam mata time urine tu meresap merentasi garisan hormon.. 5 saat.. 10 saat.. Bukak mata.. Haaaarrrr... Melopong mulut aku bila ada 2 calit.. Cam nak lompat-lompat masa tu.. Dalam hati kata "Siap la kau bang.."


Aku pun kedek-kedek la pi kat suami aku.. Dia tgah spray grease kat rantai moto.. Aku tanya, "Bang, tadi kat mamak abg cakap apa bang?" Dia tanya yg mana satu? Lepas aku explain dia pun ulang balik macam kaset "Abg kan, kalau tahun ni syg mengandung, abg janji, abg buat semua kerja rumah... syg relax je.. tengok je abg buat".. Pastu aku tanya la "Abg dah ready ke nak buat kerja rumah 9 bulan?" Dia tengok je muka aku.. Aku angkat-angkat kening.. Dia tanya kenapa aku tanya macamtu.. Aku pun tunjuk UPT tadi kat dia sambil cakap "Padan muka abg..". Terperanjat muka dia.. "Dia tanya betul ke ni?" Aku cakap "Ya, Alhamdulillah..". Kami berdua happy sampai pagi..


Maka bermula lah musim morning sickness.. mood swing.. back pain.. cramp series.. Dan selama musim itu, sang suami lah yg menguruskan rumah (melunaskan janji) hahahaa





- 21 Jul 2017- 

14 jam mama dlm bilik tu,

Ayah panggil, Adwa siku,
Ayah panggil, Adwa luku,
Tapi tetap tak ke pintu,

Tenaga dah habis tiga suku,
Kata doktor Adwa x jumpa pintu,
Tukar bilik, tukar baju,
Baju pink tukar biru..

Buka tingkap, ganti pintu,
Terlihat si kecil berlapis dagu,
Syukur dipanjat ke Hadhrat-Mu,
Lahir Adwa lepas lama tunggu,

Setahun telah berlalu,
Adwa dah pandai lari laju,
Senyum nampak gigi susu,
Semoga terus ceria begitu..



Ni la wajah yg kami tunggu-tunggu dari awal kandungan.. Ini lah rupa zuriat dari gen-gen kami.. Alhamdulillah... Akhirnya dapat pun sorang ni... Walaupun czer, x terasa sakitnya bila dapat apa yang dihajatkan..

Sekarang ni Adwa dah setahun lebih.. Dah makin cerdik dan dah pandai mintak perhatian... Sayang Awa selalu... Muah!!!


Adwa on his 1st Birthday