Sunday, 16 December 2018

Jalan Liku Aku..

Tengah hujan-hujan lebat ni, terkenang plak kat kehidupan aku yg penuh liku ni.. Aku pasti semua org ada liku-liku tersendiri tapi hari ni aku nak kenang asal usul aku..



01.02.1984 - Aku lahir masa mak aku umur 24 tahun.. Masih muda dan gagah.. Sebab tu aku kategorikan mak aku ni mak yang garang.. Aku besar as a normal kampung girl je.. hitam, kecik, mata beliak, nakal (for sure). Masa bayi aku tak dapat recall sebab tak de dalam memori pun.. Tapi masa umur aku dalam 5 atau 6 tahun, makabah cakap, aku ni cerewet dan lasak.. Makabah ada cerita, insiden yg paling diorang tak boleh lupa ialah saat aku mula mengenal kematian.. Mula rasa takut pada kematian.. Every single thing yg aku buat, aku akan tanya makabah atau akak aku "Kalau makan ni mati tak?".. "Kalau pijak benda tu mati tak?".. "Kalau langkah benda ni mati tak?".. "Kalau pukul benda tu mati tak?".. Sampai la semua orang serabut dengan aku.. Finally, abah dapat idea.. "Adik, sekali lagi adik tanya macam tu, adik betul-betul mati".. Pergh! bukan kepalang punya takut.. terus stop tanya macamtu dah..


Hitam, kecik, mata beliak

Bila aku dah sekolah, dah besar sikit, aku makin ligat.. Panjat pokok, main kat belukar, curi buah jambu batu, kacau kambing kat kandang.. Aktiviti tu semua tertumpu pada hujung minggu.. Antara perbuatan yg aku sendiri kadang tak boleh nak ngaku aku buat ialah aku bawak basikal laju-laju pastu langgar ayam yg banyak anak... Mana yg sempat elak, tak kena la, mana yg terkedek-kedek tu mesti kena lenyek ngan aku (jahat betul rasa).. Selain tu, aku main masak-masak guna api real.. Tak puas rebus daun ubi, bakar keledek, aku rebus plak berudu.. Eh! dah direbus tukar warna, excited pulak cerita dengan kawan-kawan (yang ni aku betul2 rasa aku jahat).. Dan banyak lagi la yg kadang orang tak percaya budak perempuan 7 tahun boleh buat.. Tapi dalam aku nakal macam tu, sebenarnya aku sangat fragile kat dalam.. Terutama bila orang merendah-rendahkan makabah..

Actually, aku and family hidup susah.. Abah cuma ada 2 biji moto Honda bulat which is yg sabiji tu buruk and sebiji lagi baru sikit.. Masa ni makabah aku buat 2 kerja.. Pagi menoreh getah, petang kerja kat kilang proses buluh.. Aku nampak macammana makabah penat kerja sebab tu aku sakit hati bila sepupu sepapat aku tanya "Eh! kenapa bapak kau tak de kereta ea?".. "Tak bahaya ke naik motor ramai-ramai macamni?".. Soalan-soalan macamni la yang buat aku berat hati bila makabah ajak balik kampung time raya atau kenduri.. Paling aku tak suka bila abah belok aje rumah atok, dah berderet kereta kat laman.. Ye lah, mak aku ni adik-beradik 10 orang.. Masing2 kerja bagus, pakai kereta.. Kami? Naik Honda bulat 60cc, aku duduk depan sambil peluk beg, akak aku duduk tengah antara mak dengan abah.. Mak pulak pikul satu lagi beg kat belakang.. Kitorg jadi bahan ketawa sepupu sepapat aku.. Dari situlah tertanam satu rasa "Korang tunggu la satu hari nanti, kalau pun aku tak kaya, aku tak akan jadi anak yang susah kan makabah!" Dan setiap kali itu lah hati aku menangis.. Sekarang bila aku ingat balik, mesti hati makabah beribu kali lebih sedih dari aku ketika tu (for sure)..


Inilah JK5572.. Honda bulat abah yg baru sikit..
Bawak balik kampung.. Weehoo!

Cakap plak pasal gaya, memang aku jauh ketinggalan la.. Diorang semua serba ada.. Baju raya pun lawa-lawa.. Aku? Entah aku pun tak ingat baju raya aku macammana, cuma yang aku tau makabah mesti buatkan baju baru and that was enough.. Warna? Harga? Trend atau tak? Aku tak pernah kisah.. And, yang paling best, setiap tahun atok perempuan (nenek) mesti hadiahkan sepasang baju.. Mungkin sebab kitorg yang paling susah, jadi atok pun sedekah la.. Terima kasih atok..



Masa berlalu, aku makin bertambah usia, masa sekolah rendah, aku agak cemerlang.. Kecemerlangan tu lah yg jadi maruah pertama aku dalam hidup yg mana sepupu sepapat aku tak boleh perlekehkan.. Setiap tahun, kalau tak dapat nombor 1, aku mesti dapat nombor 2.. Jadi setiap kali diorang kata aku miskin, aku akan jawab "Takpe kalau miskin asalkan aku pandai, dapat nombor 1".. Masa ni aku tak rasa malu lagi duduk kat depan setiap kali naik Honda bulat abah.. Malah aku bangga and boleh jawab "Apa plak tak best? Naik moto la best, banyak angin.. Kalau hujan boleh main hujan.." Abah selalu senyum bila tengok anak dia dah pandai pertahankan keluarga..

Habis zaman persekolahan, aku terus ke matrikulasi and lepas tu masuk universiti.. Pencapaian pelajaran aku terus menerus menjadi maruah aku.. Sebab aku cucu kedua yg masuk universiti.. Bukan senang hokey nak masuk carta.. Tapi sepupu sepapat aku juga dah besar.. Aku mula dilabel "Sombong".. "Mentang-mentang pandai, masuk U, berlagak.." Ah! Lantak, masa aku susah dulu bukan korang ada tolong bagi beras pun..

2007 - Habis belajar, aku menganggur sebulan je sebelum start kerja kat KL.. Keje 2 bulan, aku beli moto.. Lepas setahun, aku beli kereta.. Even viva je, aku still bangga sebab aku tak minta duit muka dari makabah.. Aku boleh bawak makabah pergi mana yg diorg nak pergi.. Pada usia ni aku mula mencapai satu persatu impian aku...

IMPIAN AKU (aku tulis dalam diari masa aku kat Matrikulasi)
- Kena ada kereta sebelum umur aku 25 tahun
- Kena tanggung 2 adik sampai habis belajar
- Tak boleh kawin sebelum umur 26 tahun
- Mampu bayar apa saja yg makabah nak beli sebelum umur 30 tahun
- Mampu biaya perubatan makabah

Viva ni la yg bawak makabah pergi ke mana saja diorg nak pergi..
Sampai hari ini still in one piece n in a good condition..
Alhamdulillah..

Aku pun mula menikmati hidup bujang aku.. Untuk setiap keputusan dalam hidup, aku akan pastikan ia tak mengecewakan makabah.. Aku entertain makabah sepuas-puas nya.. Aku lega, aku seronok.. Cuma rasa terkilan sikit sebab tak dapat bawak atok naik kereta aku (Atok meninggal ngam-ngam aku habis Matrikulasi).. Sedih tapi aku harus redha..

Era kegemilangan ni tak panjang mana.. 2008, doktor diagnose aku jantung berlubang.. Allah.. Rasa macam gelap sekejap dunia.. Pemeriksaan demi pemeriksaan, lastly, aku mesti buat closure, kalau tak, maut menunggu.. I did a u-turn in my life.. Hidup aku berubah 100%.. Aku pack barang-barang dan terus pindah ke kampung.. Daripada arkitek, aku melompat bidang.. Aku kerja shipping kat Simpang Renggam.. Sambil meneruskan pemeriksaan berkala dengan IJN and sambil menanti tarikh operation.. Even masa ni Allah tengah uji aku, tetap ada hikmah nya.. I am able to spend more time dgn makabah.. Aku ada 24-7 depan mata diorang.. Aku pernah kena marah bila aku cakap "Mak tengok la Angah puas-puas.. Jaga Angah puas-puas.. Nanti kalau-kalau operation gagal, tak ada la mak rindu Angah.." Masa ni aku selalu fikir kalau aku mati, dah terbalas ke budi makabah..? Cukup ke apa yang aku buat untuk diorang selama ni..


Gelang salut plastik yg pertama dalam hidup..

2009 - Alhamdulillah operation sukses.. Dekat 2 minggu berkampung kat IJN, akhirnya aku discharge dengan parut 17 cm kat dada.. Dia punya sakit.. Allah.. Tak terkata.. Tapi aku sorok.. Tak ada air mata yang menitis demi menjaga hati mak yg dah penat lelah jaga aku kat wad.. Sampai rumah, semua dah tersedia.. Abah dah letak kan katil depan TV.. Siap pasang Astro.. Katanya tanak aku bosan.. Ya Allah, kenapa masih makabah berbakti pada aku sedangkan sekarang ni sepatutnya giliran aku.. Hati menangis lagi..

2010 - Umur aku dah 26 masa ni.. Nak melangkah setapak ke hadapan kononnya.. Aku bertunang dengan kawan sejak sekolah rendah.. Aku fikir dia calon terbaik tapi tak ada jodoh.. Dia jumpa cinta sejati dia 2 bulan sebelum majlis  (which is cinta sejati tu bukan aku).. Masa ni kesedihan mengheret aku jadi seorang yang sasau.. Again.. Makabah la yg sentiasa ada kat situ.. Support aku.. Aku sedih macam nak mati.. Makabah berbakti lagi.. Habis di tapau nya semua persiapan kahwin aku.. Sealed and stored well sampai aku tak nampak mana benda tu semua pergi.. It takes 3 years sebelum aku move on.. Selama 3 tahun tu aku continue menikmati hidup aku and keep entertain makabah sepuas-puas nya.. Holiday.. Shopping.. Food Hunting.. Semuanya kami buat bersama.. Alhamdulillah..





2013 - Masa ni umur aku 29.. Finally, aku rasa macam nak tamatkan ke-lonely-an aku.. Tapi tak tau nak start kat mana.. Dengan siapa.. And macammana.. Sebab masa ni hidup aku too narrow.. Rumah-Kerja-Rumah.. Lastly, entah macammana aku boleh plak sign up kat satu web cari jodoh (kerja paling gila and paling mengarut aku rasa aku pernah buat).. Tapi nak dijadikan cerita I found someone kat situ.. Hahaha!!! Rentetan kisah cinta singkat aku ada kat sini : https://mindahijauzurinaxue.blogspot.com/2015/01/jodoh-pertemuan.html . Dalam setahun kitorang settle down.. Masa ni dalam hati fikir, kalau jodoh mesti bersatu.. Tak payah la nak bercinta sangat.. Lagipun aku dah tak sanggup tengok makabah susah hati bila aku solo.. Plus, masa ni mak pun diagnosed jantung berlubang. Doktor scheduled utk buat operation tahun depan.. Mak ada cakap tak nak buat operation selagi tak tengok aku kawin..

ATURAN ALLAH SWT BUAT KAMI
07.03.2013 - First time jumpa
04.06.2013 - Merisik
11.08.2013 - Bertunang
02.11.2013 - Nikah
03.11.2013 - Resepsi
01.02.2014 - Majlis Menyambut Menantu

Selepas tarikh tu, bermulalah lembaran baru hidup aku.. Even aku tinggal asing dengan suami, aku tak boleh lagi spend masa sepenuhnya untuk makabah.. Tapi itulah kehidupan.. We need to move on.. Alhamdulillah jodoh ekspress aku disenangi makabah.. Masa ni aku ingat jalan liku aku dah lurus.. Rupanya tidak..

Januari 2014 - Pada usia 30 tahun, siapa tak suka kan bila disahkan mengandung pertama kali.. Tapi dalam aku happy tu, aku risau jugak sebab aku bakal lalui hari yg pack dan memenatkan iaitu Majlis Menyambut Menantu sebelah suami.. Keduanya, mak nak buat operation lagi sebulan.. Aku celaru waktu ni.. Separuh hati aku bersyukur sangat dengan rezeki yg Allah bagi.. Separuh lagi macam tertanya adakah ia anugerah atau ujian sebab kehadirannya di saat aku kesempitan waktu..

Febuari 2014 - Mak warded.. Tiada lain, pastinya aku yg paling sibuk.. Aku berulang Macap-JB (HSA).. Malam aku tidur di wad, pagi pergi kerja dari hospital.. Gila tak gila? Masa ni sebenarnya aku dah start bleeding.. Mild bleeding.. Doktor kata tak perlu risau, itu normal utk sesetengah wanita yg baru hamil.. Dipanggil  implementation process katanya.. Masa tido atas kerusi lipat sebelah katil mak, sebenarnya aku tengah ambik ubat yg insert kat vagina.. Aku tak beritahu mak, sebab tak nak mak halang aku dari jaga dia kat wad..

13.02.2014 - Operation mak berjaya.. Aku lega, semua pun lega.. Tapi masa ni aku dah start bleeding fresh blood.. Masa ni doktor suspect aku akan gugur.. Tak tertanggung rasa perasaan ni.. Tapi tak boleh nak express kat sesiapa.. Takut mak terguris hati.. Aku hanya share semuanya dengan suami.. Since hari mak discharged, aku, abah and uda jaga mak betul-betul.. Sampai la mak sihat sikit and dah dapat uruskan diri.. Alhamdulillah semuanya lancar.. Kecuali.. Kandungan aku..

23.02.2014 - Aku bleeding teruk.. Aku decide nak pi swasta nak buat detail scan.. Tapi malang nya terlalu ramai patient.. Maka aku pun ke bahagian kecemasan Hospital Kluang.. Usai pemeriksaan kat situ, terus warded.. Doktor bagi ubat kuat kan rahim and ubat tahan sakit.. Bercutilah aku 2 malam kat sana.. Discharged tp dengan bleeding yg masih teruk (macam period).

12.03.2014 - Aku bleeding lagi.. Lebih teruk kali ni.. Fresh blood bercampur dengan darah beku.. Complete dengan contraction setiap 5 minit.. Malam pukul 10, aku pergi bahagian kecemasan Hospital Kluang lagi.. Warded.. Kali ni doktor treat kes aku as a serious case.. Aku dah mula rasa penat.. Semua kepenatan buat aku jadi malas nak fikir lagi.. Finally, aku berserah.. Lepas cucuk jarum utk drip air and ubat tahan sakit, aku tidur selena-lena nya..

13.03.2014 - Doktor buat detail scan lalu bawah.. Doktor kata kelonsong baby dah kosong.. Rasa luluh jiwa aku.. Doktor kata baby aku tak ada jantung.. No heart bit found.. Plan doktor : schedule for abortion.. Nangis lagi hati aku.. Sendirian.. Doktor nak insert ubat utk gugurkan baby.. Aku tolak.. Aku request biarkan baby jatuh sendiri.. Sebab aku nak tunggu ayah nya sampai dr JB.. Pukul 4:30 ptg suami aku sampai.. Bila tengok aku menyeringai setiap kali tahan sakit, suami tak bagi aku tunggu lagi.. Dia jumpa doktor and mintak doktor insert ubat.. Aku? Redha.. Doktor cakap pukul 6, lepas aku makan, dia insert.. Tapi Allah nak sampaikan hasrat aku, 5:30 ptg, aku pi toilet, suami teman.. Mula-mula rasa nak terkencing.. Tapi masa tu la baby jatuh.. Terlepas dari rahim aku.. Allah.. Allah.. Allah.. Hati aku hancur tatkala aku tatang ia atas telapak tangan aku.. Terlihat bentuk nya.. Allah.. Dia dah tak ada.. Kami? Redha..

Bermula dari situ aku terus cuba berpositif.. At least aku still ada suami and makabah.. Aku teruskan life dan baby Akop sentiasa dlm kenangan dan doa kami (Akop tu nama timangan kami beri masa aku start pregnant). Comel kan? Semoga kamu tenang di sana.. Al-fatihah..

Wednesday, 5 December 2018

Rezeki Allah Yang Bagi

Ada tempat kerja Bos baik, gaji nya rendah. Ada tempat gaji tinggi, tempat kerja jauh. Ada pulak yg dekat tapi kawan office buruk perangai. Semua tu rezeki masing-masing.. Kita pulak boleh pilih utk bertahan atau angkat kaki..

Untuk kes aku, gaji diberi bagus tapi ya ampun, jauh mak aih.. Tapi demi keluarga, org tua dan anak.. Plus, kawan pejabat pun bukan jenis yg banyak hal.. Aku pilih utk bertahan..




- Inilah wajah-wajah kesayangan aku yg dalam tak sedar bagi aku kekuatan hidup -


Perjalanan dr rumah ke tempat kerja (Macap - Kulai) makan masa sejam.. Itu pun kalau tak sesak.. Kalau ada accident, atau banyak lori muatan berat, bercintalah aku atas jalan.. Tapi, aku percaya, ini rezeki Allah s.w.t. untuk aku.. Kalau pun bukan selamanya, mungkin buat masa ni, ini lah yg terbaik utk aku..

Orang selalu sesedap rasa tanya "Tak penat ke ulang-alik jauh?".. "Tak cari keje dekat-dekat ke?".. "Ala.. Macam la dekat-dekat sini tak de kerja..". Kadang pedih, kadang malas nak layan, kadang rasa nak cakar pipi yg bertanya. Hati kadang kata "Kalau duit aku x cukup nak beli beras, boleh mintak kat kau x?".. Tapi tu kadang-kadang je.. Kebiasaannye hati aku akan menangis kat dalam... Sedih... Bukan tak penat, bukan x nak kerja dekat, tapi aku ada alasan tersendiri..

Bagi aku, ini giliran aku.. Sejak awal bekerja, inilah pertama kali aku dpt tempat kerja yg jauh.. Mula-mula kerja dulu, dekat Bandar Sri Damansara KL.. Pi kerja naik motor 10 minit je.. Tak kena tol, tak tersekat kat jam.. Lepas 2 tahun, pindah kerja kat area sama, lagi dekat.. Naik kereta 5 minit je.. Lepas setahun, aku buat operation jantung.. Lepas tu, aku pindah balik Johor.. Tukar kerja kat Simpang Renggam.. Tak lah jauh mana.. 10 minit je naik kereta.. 7 tahun aku keje situ, sebelum aku pindah kerja kat Taman Universiti JB.. Pindah pun sebab tanak duduk asing dengan suami (after 3 years).. Yg ni paling dekat dalam sejarah.. 3 minit dah sampai office. Kalau terkena lampu merah, tambah seminit perjalanan.. Lepas 2 tahun, aku pindah Simpang Renggam balik, kilang aku kerja pun pindah ke Kulai.. Maka bermulalah episod berkelana aku setiap hari dari Macap ke Kulai.. Semoga aku istiqamah mencari rezeki.. Dan.. Semoga viva tercinta aku juga bertahan seribu tahun lagi.. Aamin.. Heheheee






- Haaa.. ni la dia kawan sekepala, sebontot kat tempat kerja aku.. Pendek kata senang bawak bincang punya spesies.. Org macam diorg ni la elok dibuat kawan.. Easy going gitu.. -

Tuesday, 30 October 2018

Adwaridza My Baby Boo


Masih aku ingat lg berapa beratnya penantian aku dan suami nak dapat anak. Keguguran lepas 3 bulan kahwin adalah satu kehilangan besar buat kami. Dan selepas dari tu, kami tunggu.. tunggu.. dan terus tunggu.. berharap dan berdoa..

Sampai satu saat, kami rasa redha dan tak berharap lagi. Kami mula menikmati hidup berdua tanpa memikirkan persoalan sekeliling "Bila nak ada anak ni..?". "Sampai bila nak hidup berdua ni..?". Bermacam petua lah kami dapat tapi kami memilih utk berserah..



2 Nov 2016 - Kami sambut ulangtahun pernikahan ke-3.. Benarlah bahawa Allah akan beri sesuatu itu mengikut keperluan bukan mengikut kehendak kita.. Masa tengah dating sambil cicah roti canai kat kuah dhal, suami aku cakap, "Abg kan, kalau tahun ni syg mengandung, abg janji, abg buat semua kerja rumah... syg relax je.. tengok je abg buat".. Dalam hati aku ade la terdetik "Aku dah 5 hari ni lewat period.." Tapi selama 4 tahun ni dah berpuluh kali aku lewat period tp x ngandung pun... So aku senyum je kat suami.. Hehehee "Ye lah tu..."


Sampai rumah malam tu, aku cam x leh nak duduk diam.. Aku asyik je teringat kata-kata suami aku kat mamak tadi. Rasa teringin nye nak tuntut janji dia.. So berbekalkan UPT (Urine Pregnancy Test) stick aku yg terakhir (daripada 100 batang), aku pun check la.. Separuh hati cam berharap tp separuh lagi bersedia utk kecewa sebab dah 99 kali negatif kan..

Aku pejam mata time urine tu meresap merentasi garisan hormon.. 5 saat.. 10 saat.. Bukak mata.. Haaaarrrr... Melopong mulut aku bila ada 2 calit.. Cam nak lompat-lompat masa tu.. Dalam hati kata "Siap la kau bang.."


Aku pun kedek-kedek la pi kat suami aku.. Dia tgah spray grease kat rantai moto.. Aku tanya, "Bang, tadi kat mamak abg cakap apa bang?" Dia tanya yg mana satu? Lepas aku explain dia pun ulang balik macam kaset "Abg kan, kalau tahun ni syg mengandung, abg janji, abg buat semua kerja rumah... syg relax je.. tengok je abg buat".. Pastu aku tanya la "Abg dah ready ke nak buat kerja rumah 9 bulan?" Dia tengok je muka aku.. Aku angkat-angkat kening.. Dia tanya kenapa aku tanya macamtu.. Aku pun tunjuk UPT tadi kat dia sambil cakap "Padan muka abg..". Terperanjat muka dia.. "Dia tanya betul ke ni?" Aku cakap "Ya, Alhamdulillah..". Kami berdua happy sampai pagi..


Maka bermula lah musim morning sickness.. mood swing.. back pain.. cramp series.. Dan selama musim itu, sang suami lah yg menguruskan rumah (melunaskan janji) hahahaa





- 21 Jul 2017- 

14 jam mama dlm bilik tu,

Ayah panggil, Adwa siku,
Ayah panggil, Adwa luku,
Tapi tetap tak ke pintu,

Tenaga dah habis tiga suku,
Kata doktor Adwa x jumpa pintu,
Tukar bilik, tukar baju,
Baju pink tukar biru..

Buka tingkap, ganti pintu,
Terlihat si kecil berlapis dagu,
Syukur dipanjat ke Hadhrat-Mu,
Lahir Adwa lepas lama tunggu,

Setahun telah berlalu,
Adwa dah pandai lari laju,
Senyum nampak gigi susu,
Semoga terus ceria begitu..



Ni la wajah yg kami tunggu-tunggu dari awal kandungan.. Ini lah rupa zuriat dari gen-gen kami.. Alhamdulillah... Akhirnya dapat pun sorang ni... Walaupun czer, x terasa sakitnya bila dapat apa yang dihajatkan..

Sekarang ni Adwa dah setahun lebih.. Dah makin cerdik dan dah pandai mintak perhatian... Sayang Awa selalu... Muah!!!


Adwa on his 1st Birthday

Wednesday, 29 August 2018

Anak Sendiri atau Anak Angkat? - Anugerah Allah s.w.t

Lama rasanya aku biar blog ni.. Naik berhabuk.. Hehehee.. 

Hari ni rasa mcm nak throw back misi pencarian anak yg aku dan suami lalui selama 2 tahun lepas.. Tak semua org dpt rasa betapa sunyi nya hati bila belum dikurniakan zuriat. Selepas sekali keguguran, aku dan suami nekad nak ambil anak angkat. Aku pun survey la sini sana, click sini sana, tanya sini sana.. Sehinggalah aku jumpa satu blog Rumah perlindungan. Aku pun baca entri-entri dlm blog tu. Rupanya kat luar sana ada ramai Biomum (Biological Mother) dok cari keluarga angkat utk anak yg diorg tengah kandungkan. Knp aku kata mcmni? Sb aku tinggalkan komen pendek je kat salah satu entri dlm blog tu. Aku tulis, " Jika ada adik-adik di luar sana yg ingin menyerahkan bayi utk dijadikan anak angkat, mohon hubungi saya 012-2392762; call, sms, whatsapp". Tak sampai pun seminggu, aku dah terima 3 org Biomum yg ingin menyerahkan anak mereka. Masya-Allah, rezeki.. Sekali Allah nak bagi, 3 mari.. Hehehee..

Yg aku nak bualkan kat sini ialah liku-liku dalam berurusan dengan Biomum-biomum ni.. Aku dan husband actually x meletakkan syarat atau sasaran bagaimana anak yg mahu kami cari kerana kami sedia maklum sebahagian bayi adalah x sah taraf nya..

Dari satu Biomum ke satu Biomum aku tanya dan kena tanya beribu soalan. Bincang kat mana Biomum nak bersalin, kat mana Biomum nak berpantang (sebab kebanyakkan Biomum ni sorokkan kandungan dr keluarga). Bermulalah rentetan...

BIOMUM 1 - Terlanjur kemudian hamil. Kekasihnya nak bertanggungjawab dan ingin sgt jd bapak tapi keluarga Biomum ni pentingkan kerjaya anaknya. Katanya Kolej Kejururawatan yg anaknya belajar, x benarkan pelajar berkahwin. Maka terkontang kantinglah perasaan si Biomum memikirkan bakal berpisah dgn bayinya. Biomum ni minta bersalin kat hospital swasta sebab x nak kelahiran bayinya dihidu pihak Kementerian Kesihatan. Aku dan suami ragu tapi kurang arif dlm soal undang-undang kelahiran. Maka, kami pun setuju dan sediakan kos yg mencukupi. Tibalah hari yg ditunggu, si Biomum lahirkan bayi lelaki. Kekasih si Biomum ada la Whatsapp sekeping gambar pd kami.. Comel (Nama dia Zharif).. Kami diminta ke Hospital esok hari utk jelaskan bil dan bawa Zharif balik. Masa tu dah terbayang2 dah aku mcmana nak dukung Zharif.. Hati tak payah cakap la.. Melompat2.. Tapi, lewat malam tu, si Biomum PM aku. Ringkas je, kataya "Kak, saya minta maaf, saya x dpt serahkan Zharif pd akak. Saya dan keluarga dah jatuh syg pd dia.. Saya tau akak marah, saya minta maaf".. Allah, rasa mcm jantung berhenti denyut sekejap. Mana x nye, aku dah ambil hormon susu, aku dah belanja barang keperluan Zharif malah aku dan suami dah prepare utk ke hospital esok paginya.. Ya Allah, kuatkan lah hati.. Nak dimarah x boleh, nak dipendam membakar diri.. Allah.. Allah.. Allah..

BIOMUM 2 - Terlanjur dan hamil kali kedua (jenis x serik).. Nauzubillah, semoga zuriat kamu terpelihara akhlaknya.. Kami mula berhubung masal kandungannya 5 bulan. Biomum ni memang cerewet dan banyak mahu nya.. Di sebabkan x nak kecewa lg, aku turut je kemahuan dia.. Nak vitamin yg mahal, nak susu yg berkhasiat, nak pakaian yg selesa.. Semua kami tanggung.. Ratus demi ratus aku bank in kat dia. Sampai lah hari yg dia sepatutnya dtg sb seminggu je lg nak bersalin.. Dr pagi kami berhubung. Sebelah tengahari tu, dia beritau dia tengah tunggu bas kat Pudu. Masa ni aku punya debar, mcm tunggu anak balik asrama.. Tapi, kami tetap ditimpa malang. Biomum ni terus hilangkan diri.. Call, SMS, Whatsapp semuanya x berjawab.. Dalam hati aku cakap "Ah! Kena lagi aku..!" Kami sekali lagi akur pd ketentuan Allah..

BIOMUM 3 - Terlanjur dgn suami org kemudian hamil. Si kekasih setuju utk nikah, tapi lepas bersalin dan dia x nak baby tu. Lelaki jahanam! Penghujung perbualan, Biomum ni minta diberi tumpang tempat tinggal once kandungannya masuk 6 bulan sebab..... Ibunya x tau dia hamil.. Aku bukan x boleh penuhi tp agak mustahil nak dapat persetujuan suami.. Sebab kami bekerja lain shift. Mana mungkin dia tinggal sebumbung dgn Biomum sewaktu aku bekerja di siang hari.. Jadi, biomum ni terpaksa aku kecawakan.. Semoga dia bertemu dengan orang yg lebih sesuai..

BIOMUM 4 - Buntu dgn kandungan sebab kekasih hilangkan diri lepas tau dia hamil. Walaupun dah kecewa sblm ni, aku dan suami setuju nak cuba sekali lg tp kali ni hati aku pula mcm berbelah bagi, takut hampa lg..Sambil aku berurusan dgn Biomum ni, aku ada minta nasihat dr "ibu" (penaung rumah perlindungan gadis terlanjur di JB). Aku tanya soalan-soalan berkaitan dgn keinginan aku utk ambil anak angkat dan niat aku nak bantu Biomum ni. Tp, nasihat yg aku dapat, mengubah niat dan persepsi aku. Kata "ibu" tu, jgn jadikan keinginan aku sbg alasan utk pisahkan bayi x sah taraf dr hak dan warisnya. Aku dinasihat spy lebih sensitif dan ihsan pd Biomum dan bayinya. Pertamanya, si Biomum harus berani pikul kesalahannya dan aku tak sepatutnya bantu Biomum menyorokkan kelahiran. Katanya lagi, walaupun x sah taraf, bayi tu tetap ada hak utk disayangi dan hidup di kalangan warisnya sendiri. Rasa macam dahi terhantuk kat dinding. Aku rasa selama ni aku dan suami terlalu ralit mengejar kainginan utk ada anak tanpa meluaskan pemikiran kami. Subhanallah, rasa bersyukur dipertemu dgn "ibu". Lepas tarbiah ringkas tu, aku pun nasihatkan si Biomum utk maklumkan tentang kandungannya pd kakak yg paling rapat dgn dia. Sebab kata "ibu" hanya waris yg boleh bawa bayi x sah taraf discharge dr hospital. Jika tiada waris, bayi akan diletakkan di bawah jagaan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Nasihat, perbalahan, bertukar pendapat, akhirnya si Biomum mendapat setuju. Itupun lepas aku cakap "Mcm mana kalau Allah takdirkan baby ni satu2 nya anak awak? Kalau nanti2 awk x dapat hamil lagi, awk akan menyesal.." Akhirnya bayi tu dipelihara oleh kakak si Biomum. Alhamdulillah..

Selepas Biomum ke-4 ni, berakhirlah pencarian kami. Kami serahkan semuanya pd Allah s.w.t. Semoga diberi peluang jadi ibubapa.. Bagaimana dan bila, biarlah Allah yg tentukan.