Aku kembali solo pd usia aku 26 tahun. Mulut kata "Jodoh ketentuan Allah", tapi hati aku celaru kemain. Takut jadi andartu.. Aku tertanya-tanya."Kat manalah aku nak jumpa jodoh ni". Tempat kerja semua org "oversea". Maklumlah kilang perabot.
Tiba-tiba aku dpt ilham! Dengan
selamba, aku pun type "Jodoh" kat google search bar.. Pupp!
melambak-lambak laman web pencarian jodoh (aku pun baru tau..). Tengok
punya tengok, aku pilih satu, terus click! Lantaklah org nak kata penipu ke
ape. Yg penting aku cuba.. "Desperado!"
Scroll punya scroll beribu registered user (nak jd ahli kena bayar RM70 kau!),
aku pun terjumpa la satu user, nama Hairul, org johor.. Oklah tu, kalau
jadi laki, x payah aku pindah jauh.. Satu negeri.. Disebabkan semua dlm
web ni serius nak cari laki/bini, perkenalan memang jadi singkat sgt.
Terasa mengarut pun ada juga.. Hahaa!
Lepas
2 minggu kenal, aku nekad aku kena jumpa mamat ni.. Kang dibuatnya
suara je sedap, mata tak berkenan x boleh jadi juga.. Maklumla zaman
skrg ni byk je org menipu guna gambar org lain.. Aku set date cun-cun...
Last-last...
Kami jumpa lepas aku out-station. Otw balik, aku fetch dia kat RnR Serdang.. So, sesi perkenalan berlanjutan dlm kereta.. Hahaa!
Arrrggghhhh!! Ensem nye (hati aku cakap). Handsome pd aku la, org lain aku x tau (handsome tu kan subjektif). Debar-debar rasa masa first nak semuka.
Tp kejap je dah serasi. Kami sama-sama kuat nyembang. Sampai x sedar
dah sampai destinasi.. Rasa berat je nak lepaskan.. Cewah!
Lepas
bertentang mata tu, kami pun jadi lebih serius.. Konon-konon nya masa
tu dua-dua dah suka sama suka and dah serasi sgt-sgt la.. Hehee!
Lepas mak abah dah approve, dia lah racun dialah madu.. Pengarang jantung hatiku~~
Bila hati dah berkenan, tak payah nak tunggu lama-lama. Maka berlangsunglah acara risik-merisik, pinang-meminang.. Bercinta? "Alaa, lepas kawin la baru kita bercinta.."
Dah jd tunang org, tiba-tiba rasa secure dari title andartu kahkah! (boleh gitu?)..
Kami bertunang tak lama.. 3 bulan je.. Kelam kabut jugak masa tu nak buat persiapan..
Tapi zaman dah moden, boleh beli je yg ready made.. Hehee!
Tapi zaman dah moden, boleh beli je yg ready made.. Hehee!
9 bulan selepas perkenalan internet, kami pun disatukan.. Jadi suami isteri yg sah memudahkan lagi kami nak bercinta.. Hehee!
Yang sebenarnya gambar2 ni semua adalah mini photobook yg aku design sebagai hadiah birthday husband aku yg ke 30 (birthday pertama dia sebagai suami aku). Katanya dia nak menangis bila baca bibit-bibit perkenalan kami yg aku himpunkan jadi satu..
Aku ape lg, kembang la.. Hahaa!
| Abg, I love you for the rest of my life... |



















No comments:
Post a Comment