| Gambar sekadar hiasan |
Nasi Lemak & Cinta.. X semua org suka nasi lemak.. Tapi semua org suka cinta (kot..)..
Ada ribuan cara penyediaan nasi lemak dan ada ribuan cara org menyemai
cinta.. Aku nak kongsikan iktibar nasi lemak yg boleh dijadikan teladan
dlm bercinta (mengikut pendapat hijau aku).. Jgn perasan "Dunia ana yg punya", bila asyik dilamun cinta dan....... Bila putus cinta jgn merepek "Oh! Duniaku gelap gelitaaa"...
Konsep CURANG
dlm konteks Nasi Lemak - Berlaku bila kita teringatkan nasi lemak lain
sewaktu makan nasi lemak yg lain.. Tengah makan nasi lemak Mak Cik Timis
selekoh Lorong 6 (lorong rumah aku), boleh pulak teringatkan kesedapan nasi lemak Cik Wan kedai tepi padang bola (banyak teruna muda & "lama" sarapan kat sini, selalunya segan nak singgah).
Bila otak dah teringat-ingat, hati pun melonjak2 nak beli nasi lemak Cik Wan kedai tepi padang bola untuk sarapan esok pagi. Nasi lemak Mak Cik Timis selekoh Lorong 6 tolak tepi! Segan dgn teruna muda & "lama" pun sanggup ditolak ke tepi! Haaaaa!!! Curang x kalau kita beralih arah?
![]() |
| Konsep : Curang Nasi Lemak |
Perilaku MENDUA
kan Nasi Lemak pula - Berlaku setiap kali tak dapat tahan mata dr
menjeling ke menu lain semasa membeli nasi lemak. Tengah2 Mak Cik Timis
selekoh Lorong 6 pack nasi lemak (setiap hari beli kat dia), mata
pun jeling2 kat bekas2 kuih. Nampak la pulut panggang, karipap, donut
dll. Hati ni tau nasi lemak tu mmg favourite tp x mampu nak tahan godaan
pulut panggang (kuih berasaskan pulut pun salah satu kegemaran aku).
Jadi, nasi lemak beli, kuih pun beli... Aku dah pun menduakan nasi
lemak kegemaran aku.. Ada jugak rasa bersalah bila terlalu kenyang di
awal pagi, tp setia punya pasal kat nasi lemak, aku sanggup.. Tapi
sampai bila aku sanggup?? Lama kelamaan aku akan sama ada bertukar kpd
pulut panggang atau aku akan kembali setia kpd nasi lemak Mak Cik Timis
selekoh Lorong 6.. Nasi Lemak Mak Cik Timis kini berisiko kehilangan
pelanggan.
Dalam
bercinta pun sering berlaku kecurangan dan kelakuan menduakan. Tak
boleh salahkan pasangan dan tak boleh salahkan keadaan. Ini semua
jodoh..
Cuba tanya pd Mak Cik Timis tentang nasi lemaknya yg dicurangi atau diduakan, dia akan jawab "X pe, dia x beli, nanti org lain akan beli.." Positif je kan jawapan Mak Cik Timis?
Tapi............... Cuba tanya Mak Cik Timis tentang anak dia yg dicurangi atau diduakan. Dia akan jawab "X pe, dia buat anak Mak Cik, Mak Cik takkan maafkan dia selagi anak Mak Cik x maafkan dia..", hangin satu badan kan?
![]() |
| Lakonan Semula : Mak Cik Timis |
Kalau
kita boleh akur rezeki berniaga Nasi Lemak tu ketentuan Allah swt,
kenapa kita x akur bahawa jodoh itu juga ketentuan dari Allah swt. Ambil
lah iktibar Nasi Lemak dlm kita menjalani hakikat percintaan.
Kalau kita dicurangi atau diduakan, yakinlah bahawa jodoh itu
saaaaaangaaat luas.. Dicurangi dan diduakan x bererti dunia kita
berakhir... Pasti akan ada seseorg yg dijadikan utk kita.. Yakin pd
jodoh!
Soalan : Itu kalau kita yg dicurangi atau diduakan. Kalau sebaliknya???
Dalam konsep Nasi Lemak - Kalau kita yg mencurangi atau menduakan Nasi Lemak, kita akan kata "X pe, aku x beli, nanti
kan ada org lain akan beli.."
Kewajaran dlm konsep percintaan - Lepaskanlah org yg kita curangi atau duakan kepada org yg mampu menyayangi dia.. Dah kita pun tak nak, jgn lah pulak diburuk2 kan dia pada org lain sampai orang lain juga menjauhinya... Fikir-fikir kan lah.. Wallahu A'lam...


No comments:
Post a Comment