Thursday, 29 January 2015

Nasi Lemak

Gambar sekadar hiasan
Nasi Lemak & Cinta.. X semua org suka nasi lemak.. Tapi semua org suka cinta (kot..).. Ada ribuan cara penyediaan nasi lemak dan ada ribuan cara org menyemai cinta.. Aku nak kongsikan iktibar nasi lemak yg boleh dijadikan teladan dlm bercinta (mengikut pendapat hijau aku).. Jgn perasan "Dunia ana yg punya", bila asyik dilamun cinta dan....... Bila putus cinta jgn merepek "Oh! Duniaku gelap gelitaaa"...

Konsep CURANG dlm konteks Nasi Lemak - Berlaku bila kita teringatkan nasi lemak lain sewaktu makan nasi lemak yg lain.. Tengah makan nasi lemak Mak Cik Timis selekoh Lorong 6 (lorong rumah aku), boleh pulak teringatkan kesedapan nasi lemak Cik Wan kedai tepi padang bola (banyak teruna muda & "lama" sarapan kat sini, selalunya segan nak singgah).
Bila otak dah teringat-ingat, hati pun melonjak2 nak beli nasi lemak Cik Wan kedai tepi padang bola untuk sarapan esok pagi. Nasi lemak Mak Cik Timis selekoh Lorong 6 tolak tepi! Segan dgn teruna muda & "lama" pun sanggup ditolak ke tepi!  Haaaaa!!! Curang x kalau kita beralih arah?

Konsep : Curang Nasi Lemak

Perilaku MENDUA kan Nasi Lemak pula - Berlaku setiap kali tak dapat tahan mata dr menjeling ke menu lain semasa membeli nasi lemak. Tengah2 Mak Cik Timis selekoh Lorong 6 pack nasi lemak (setiap hari beli kat dia), mata pun jeling2 kat bekas2 kuih. Nampak la pulut panggang, karipap, donut dll. Hati ni tau nasi lemak tu mmg favourite tp x mampu nak tahan godaan pulut panggang (kuih berasaskan pulut pun salah satu kegemaran aku). Jadi, nasi lemak beli, kuih pun beli... Aku dah pun menduakan nasi lemak kegemaran aku.. Ada jugak rasa bersalah bila terlalu kenyang di awal pagi, tp setia punya pasal kat nasi lemak, aku sanggup.. Tapi sampai bila aku sanggup?? Lama kelamaan aku akan sama ada bertukar kpd pulut panggang atau aku akan kembali setia kpd nasi lemak Mak Cik Timis selekoh Lorong 6.. Nasi Lemak Mak Cik Timis kini berisiko kehilangan pelanggan.

Dalam bercinta pun sering berlaku kecurangan dan kelakuan menduakan. Tak boleh salahkan pasangan dan tak boleh salahkan keadaan. Ini semua jodoh..

Cuba tanya pd Mak Cik Timis tentang nasi lemaknya yg dicurangi atau diduakan, dia akan jawab "X pe, dia x beli, nanti org lain akan beli.." Positif je kan jawapan Mak Cik Timis? 

Tapi............... Cuba tanya Mak Cik Timis tentang anak dia yg dicurangi atau diduakan. Dia akan jawab "X pe, dia buat anak Mak Cik, Mak Cik takkan maafkan dia selagi anak Mak Cik x maafkan dia..", hangin satu badan kan?

Lakonan Semula : Mak Cik Timis

Kalau kita boleh akur rezeki berniaga Nasi Lemak tu ketentuan Allah swt, kenapa kita x akur bahawa jodoh itu juga ketentuan dari Allah swt. Ambil lah iktibar Nasi Lemak dlm kita menjalani hakikat percintaan. Kalau kita dicurangi atau diduakan, yakinlah bahawa jodoh itu saaaaaangaaat luas.. Dicurangi dan diduakan x bererti dunia kita berakhir... Pasti akan ada seseorg yg dijadikan utk kita.. Yakin pd jodoh!

Soalan : Itu kalau kita yg dicurangi atau diduakan. Kalau sebaliknya???

Dalam konsep Nasi Lemak - Kalau kita yg mencurangi atau menduakan Nasi Lemak, kita akan kata "X pe, aku x beli, nanti kan ada org lain akan beli.."

Kewajaran dlm konsep percintaan - Lepaskanlah org yg kita curangi atau duakan kepada org yg mampu menyayangi dia.. Dah kita pun tak nak, jgn lah pulak diburuk2 kan dia pada org lain sampai orang lain juga menjauhinya... Fikir-fikir kan lah.. Wallahu A'lam...

Abah

Kringgggg...!!! Bunyi jam loceng memeranjatkan aku.. "Huh? Kejapnya dah subuh?", keluh hatiku.. "Adli! cepat!!!", abah menjerkah dari luar bilik. Melompat aku dari katil bila dengar suara abah. "Ya.. Ya.. Dah bagun ni..", aku menjawab sambil mencapai tuala dan buru-buru ke bilik air.

Seperti biasa, aku, mak dan abah berjalan kaki ke surau. Kata abah solat di surau lebih afdhal berbanding di rumah. Aku? Em, ikutkan saja la. Terpandang ramai jemaah berjalan laju menuju tangga surau, aku bertanya "Mak, kita dah lambat ke?". Jelingan mak buat aku berfikir, salah ke soalan aku. "Hah? Terkedek apa lagi? Jalan lah laju sikit!", celah abah. Seperti biasa, aku memang menggelabah bila kena jerkah dengan abah. "Aduh!", tak perasan aku dah pun sampai ke anak tangga pertama surau. Bupp!! Tersembam aku ke muka tangga. Kaki kananku terperosok di celah papan anak tangga.. "Aih Adli, mengantuk lagi ke?", tegur Pak Hasnan, pemilik kedai runcit di hujung Kampung. "Tak lah Pak Hasnan, gelap ni, tak perasan..", jawabku selamba sambil membelek lututku yang melecet.

"Lain kali tengok jalan guna mata, jangan guna lutut!", perli abah dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku hanya pandang muka mak yang tersenyum mendengar kata-kata abah. Pedih lagi hati ni kalau nak dibandingkan dengan pedih luka di lutut aku yg bergesel dengan kain pelikat.. Sampai di rumah, cepat-cepat kain pelikat aku tukarkan dengan seluar pendek. "Fuh.. Lega sikit..", aku menghela nafas. "Em, awal lagi ni nak ke sekolah, baring kejap lah", cadang hatiku...

"Adli! Adli! Bangun!! Agaknya kamu nak suruh abah tendang pintu bilik ni baru nak bangun?!", laung abah dari luar. Tak keruan aku dibuatnya. "Aku lewat lagi ke?", keluh hatiku sambil melilitkan tuala di pinggang. Tatkala ingin membuka seluar pendek, aku terkejut bila terlihat kain pelikat yg terikat kemas di pinggang aku. "Aik? Bila masa aku tukar kain semula?", aku bertanya sendiri. Sedang aku tergaru-garu kepala, abah dah merempuh pintu bilik sehingga terlepas selak kayunya. Abah pandang tepat ke muka aku yg sedang terpinga-pinga. "Cegat apa lagi? Pergi lah mandi! Lepas tu jangan nak buat-buat lupa qada' solat Subuh tu! Kejut kamu ni tak ubah macam kejut kayu mati! Bergerak tidak, menyahut tidak", bebel abah sambil berlalu keluar. Aku bertambah kusut. Bukan ke aku sama-sama berjalan ke surau tadi? Memang terlambat tapi tak tertinggal jemaah, dan....."Ya! Sampai tersungkur di tangga surau..", jawabku sambil meyelak kain pelikat untuk melihat kesan lecet terjatuh tadi. "Oooo, abah nak main-mainkan aku ya.. Kalau aku tak pergi surau, ni, luka ni, apa?", jawabku yakin. "Tapi, kain ni..? Bukan ke tadi.. Aku jatuh.. Balik sampai rumah, seluar pendek..", aku bingung semula. "Adli, mandi nak. Dah lewat ni", panggilan mak mematikan lamunan aku. Aku terus meluru turun ke dapur untuk mandi.

"Arrrghh.. Pedih betul luka ni". Di bilik air, aku mengelamun lagi memikirkan kejadian aneh sebentar tadi sehingga sekali lagi mak memanggil, "Adli, tak sudah-sudah lagi mandi? Cepat nak.. Nanti lewat ke sekolah", Aku bergegas menyiapkan mandi bila terlihat dari celah dinding bilik air, hari sudah terang. Keluar dari bilik air, aku semakin terkejut bila terdengar bunyi motosikal abah berlalu pergi. Itu tandanya sudah pukul 7 pagi. Waktu biasa abah ke kebun. Aku terburu-buru berlari masuk ke dalam rumah.. Bersepah selipar aku campakkan, sebelah hampir-hampir terkena mak yang sedang menyapu daun-daun kering di sekitar bilik air. Aku menoleh sekilas dan terasa lega bila melihat mak hanya tersenyum. Aku menyambung langkah menuju ke bilik untuk bersiap.

Lengkap berpakaian sekolah, aku mencapai stokin sebelum meluru keluar. Dalam aku kelam kabut, terlanggar pulak daun pintu bilik yg tadinya aku kuak. Berpinar mata bagaikan terlihat bintang di langit. Aku menyambung langkah perlahan menuruni anak tangga menuju ke dapur mendapatkan mak. "Aik, Adli. Cepat kamu bangun? Selalunya cuti-cuti sekolah macam ni, tengahari baru kamu bangun?", sapa mak sebaik melihat aku berdiri di tepi pintu menghala ke dapur dengan berkain pelikat. "Hah? Cuti sekolah? Tadi.. Mandi, lambat.. Motor abah, baju sekolah.. Eh! Kenapa kain pelikat balik? Err..", aku terkedu menghadap mak. "Kenapa Li?", tanya mak. Aku pun tak tau macam mana nak bertanya pada mak. Dari mana nak dimulakan cerita. Aku selak kain, memang ada luka kecil. Itu tandanya aku jatuh di surau tadi. Aku pegang dahi, terasa bengkak dan sakitnya. Itu tanda aku terlanggar pintu bilik sekejap tadi. "Haaa! Selipar!", aku terus meluru ke celah pasu bunga mak di luar bilik air. Mak yang bingung dengan kelakuanku hanya memerhati. Kali ini aku terduduk sebaik mencapai selipar kuning di celah pasu bunga mak. Mak pun terus datang mendapatkan aku, "Kenapa Li?"."Tadi, Li mandi cepat-cepat.. Li lambat nak pergi sekolah. Ni, selipar ni, tadi kan sikit lagi nak terkena mak, kan? Li masuk, pakai baju sekolah, lepas siap semua, Li terlanggar pintu. Turun sini, Li pakai kain balik. Tadi sebelum mandi pun sama, abah kejut marah-marah Li tak solat Subuh, Li kelam kabut, Li mandi.. Kan mak kan? Li pergi surau, kan? Dengan mak dengan abah?", lintang pukang jawapan aku. Aku tak tau nak mula dari mana. Mak hanya menggelegkan kepala sambil menyuruh aku bertenang dan pergi mandi. Dengan langkah longlai, aku menuju ke bilik mengambil tuala untuk mandi. Aku cuba melupakan segala kekeliruan tapi luka di lutut, benjol di dahi dan selipar itu.. "Arrghhh! Pening lah!", keluh hatiku.

Aku memandang tepat ke cermin yg sudah retak di hujungnya. Aku renung mukaku. "Apa masalah kau hari ni Adli?", tanyaku pada diri sendiri. Kebingunganku belum hilang lagi. Sedang aku asyik berkhayal, mak pun membuka pintu bilik. "Adli, tak siap lagi nak? Nanti lambat ke surau. Solat sunat hari raya sekali saja setahun nak.. Rugi kalau tertinggal", lembut tutur mak. Tapi ia hanya menambahkan lagi kebingungan aku. "Sekarang apa pulak? Raya? Hari ni sebenarnya hari apa? Yg mana satu?", suara hati aku semakin menggila. "Adli, cepat nak..", sambung mak yg rupanya masih memerhatikanku sejak tadi. Sekali lagi aku menuju ke bilik air dan langkah aku terhenti bila terpandang abah tersenyum duduk di sofa. "Adli, mari duduk sini sekejap. Abah nak cakap..", pinta abah lembut. Dalam kehairanan aku duduk di sebelah abah. "Adli anak sulong Abah.. Adli harapan Abah.. Adli sayang tak pada mak dan adik-adik?", aku mengangguk laju sebaik abah habis bertanya. "Kalau Adli sayang keluarga ni, Adli kena janji dengan abah Adli akan jaga keluarga ni bila abah tak ada nanti", sambung abah. "Adli janji bah.. Adli akan jaga mak dan adik-adik baik-baik. Tapi abah nak pergi mana?", balasku. Sambil tersenyum abah kata "Kita dah lewat ni.. Cepat mandi, nanti kita lewat". Walaupun aku masih bingung dengan tutur kata lembut abah yg tidak seperti selalunya, aku tetap akur dan cepat-cepat turun ke bawah untuk mandi. Selesai membersihkan diri, aku cuba mendapatkan abah tapi dia sudah tiada di tempat duduknya tadi. "Eleh, kata nak tunggu. Tapi tinggalkan jugak", gumam hatiku.

Selesai berpakaian baru, aku keluar menuju ke ruang tamu. Di situ kelihatan mak dan 3 adikku sudah bersiap dengan pakaian baru menunggu aku untuk sama-sama ke surau. "Abah mana mak?", tanyaku. Masing-masing mengerutkan dahi dan berpandangan sesama sendiri. "Kenapa?", tanyaku. "Adli, kan abah dah meninggal 2 tahun lepas. Kenapa Li?", soal mak sambil diperhatikan adik-adik yg lain. "Eh! Tadi subuh abah kejut. Kita pergi surau. Lepas tu abah marah, jatuh.. Errr.. Lepas tu tadi abah pakai baju raya duduk situ. Kan? Betul mak.. Tadi abah duduk situ masa Li nak pergi mandi", aku mengarut dalam kebingungan lalu terjelepok di hujung kaki mak yg duduk di atas sofa, tempat yg tadinya aku terlihat abah. "Mungkin Li mimpi, nak. Mak faham semua orang rindukan abah. Tambahan di pagi raya macam ni. Mak pun rindukan abah. Dahla, mari kita ke surau dulu. Balik nanti kita terus ke kubur abah ya.. Mesti abah pun rindu kan kita semua. Mari..", mak pun bangun sambil memimpin adik bongsuku yang baru berusia 7 tahun.

Aku akur dan berjalan mengekori mak. Seraya itu aku meraba lutut kananku, terasa pedihnya. Di dahi juga ada benjolnya. Apa yg sebenarnya berlaku? Aku sudah ingat, abah memang sudah meninggal 2 tahun yg lepas. Tapi pagi tadi? Abah yg kejutkan aku.. Abah yg marah aku.. Abah yg duduk di sofa tu dan berpesan supaya aku menjaga keluargaku sebaik-baiknya.. "Ya Allah, mungkin kah ini peringatan dari-Mu kerana aku sudah lalai dengan tanggungjawabku? Kau tempatkanlah roh abah bersama orang-orang yg beriman, Ya Allah.. Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin..", doaku di dalam hati sambil terus melangkah beriringan dengan mak dan adik-adik ku.. Inilah tanggungjawab yg abah tinggalkan buatku.. Kesayanganku dunia dan akhirat..

3 Kesyukuran

"3 perkara paling aku syukuri" sepanjang 30 tahun hidup aku sebagai Siti Zurina binti Zainal.

1) Aku syukur udara diberi percuma, jasad dan nyawa aku percuma, jodoh aku percuma, sahabat-sahabat aku percuma, segala-galanya Allah bagi percuma. Aku syukur lahir dlm Islam yg juga dipilihkan secara percuma. Sempat mengerti erti ketuhanan, kewajipan, suruhan dan larangan..

2) Aku syukur Allah pilihkan makabah terbaik untuk aku. Sempurnakan kelahiran aku, didikan aku dan permbesaran aku (walau aku tak besar-besar). Aku nakal mak abah aku kata "Budak cerdik memang nakal sikit..". Aku hitam mak abah aku kata "Allah tak nilai hamba-Nya dari paras rupa..". Aku bodoh mak abah aku kata "Gagal sekali bukan gagal selamanya..". Mak abah aku buat aku rasa aku lah anak terbaik, tercantik dan terbijak dalam dunia ni. Buat aku rasa dipunyai di atas muka bumi ini..

X dpt bayangkan hidup tanpa mereka berdua

3) Aku syukur dengan kehidupan aku. Walau tak sebaik orang lain, inilah pilihan terbaik untuk aku. Keluarga, kerja, jodoh, sahabat2, kegembiraan & kesedihan aku dah cukup lengkap. Perjalanan hidup pun dah tinggal separuh saja lagi. Aku syukur mak, abah, kakak dan adik-adik aku masih di hadapan mata aku. Yang terpenting, syurga aku, Mr. Hairulnizam. Walau kehadirannya sedikit lambat, aku syukur aku masih ada separuh hayat aku untuk aku habiskan dengan dia, Insya-Allah..


Jodoh Pertemuan

Aku kembali solo pd usia aku 26 tahun. Mulut kata "Jodoh ketentuan Allah", tapi hati aku celaru kemain. Takut jadi andartu.. Aku tertanya-tanya."Kat manalah aku nak jumpa jodoh ni". Tempat kerja semua org "oversea". Maklumlah kilang perabot.

Tiba-tiba aku dpt ilham! Dengan selamba, aku pun type "Jodoh" kat google search bar.. Pupp! melambak-lambak laman web pencarian jodoh (aku pun baru tau..). Tengok punya tengok, aku pilih satu, terus click! Lantaklah org nak kata penipu ke ape. Yg penting aku cuba.. "Desperado!"



Scroll punya scroll beribu registered user (nak jd ahli kena bayar RM70 kau!), aku pun terjumpa la satu user, nama Hairul, org johor.. Oklah tu, kalau jadi laki, x payah aku pindah jauh.. Satu negeri.. Disebabkan semua dlm web ni serius nak cari laki/bini, perkenalan memang jadi singkat sgt. Terasa mengarut pun ada juga.. Hahaa!


Lepas 2 minggu kenal, aku nekad aku kena jumpa mamat ni.. Kang dibuatnya suara je sedap, mata tak berkenan x boleh jadi juga.. Maklumla zaman skrg ni byk je org menipu guna gambar org lain.. Aku set date cun-cun... Last-last...

Kami jumpa lepas aku out-station. Otw balik, aku fetch dia kat RnR Serdang.. So, sesi perkenalan berlanjutan dlm kereta.. Hahaa!


Arrrggghhhh!! Ensem nye (hati aku cakap). Handsome pd aku la, org lain aku x tau (handsome tu kan subjektif). Debar-debar rasa masa first nak semuka. Tp kejap je dah serasi. Kami sama-sama kuat nyembang. Sampai x sedar dah sampai destinasi.. Rasa berat je nak lepaskan.. Cewah!


Lepas bertentang mata tu, kami pun jadi lebih serius.. Konon-konon nya masa tu dua-dua dah suka sama suka and dah serasi sgt-sgt la.. Hehee!

Lepas mak abah dah approve, dia lah racun dialah madu.. Pengarang jantung hatiku~~



Bila hati dah berkenan, tak payah nak tunggu lama-lama. Maka berlangsunglah acara risik-merisik, pinang-meminang.. Bercinta? "Alaa, lepas kawin la baru kita bercinta.."

Dah jd tunang org, tiba-tiba rasa secure dari title andartu kahkah! (boleh gitu?)..

Kami bertunang tak lama.. 3 bulan je.. Kelam kabut jugak masa tu nak buat persiapan..
Tapi zaman dah moden, boleh beli je yg ready made.. Hehee!

9 bulan selepas perkenalan internet, kami pun disatukan.. Jadi suami isteri yg sah memudahkan lagi kami nak bercinta.. Hehee!

Yang sebenarnya gambar2 ni semua adalah mini photobook yg aku design sebagai hadiah birthday husband aku yg ke 30 (birthday pertama dia sebagai suami aku). Katanya dia nak menangis bila baca bibit-bibit perkenalan kami yg aku himpunkan jadi satu..
Aku ape lg, kembang la.. Hahaa!

Abg, I love you for the rest of my life...