Kringgggg...!!! Bunyi jam loceng memeranjatkan aku.. "Huh? Kejapnya dah subuh?", keluh hatiku.. "Adli! cepat!!!", abah menjerkah dari luar bilik. Melompat aku dari katil bila dengar suara abah. "Ya.. Ya.. Dah bagun ni..", aku menjawab sambil mencapai tuala dan buru-buru ke bilik air.
Seperti
biasa, aku, mak dan abah berjalan kaki ke surau. Kata abah solat di
surau lebih afdhal berbanding di rumah. Aku? Em, ikutkan saja la.
Terpandang ramai jemaah berjalan laju menuju tangga surau, aku bertanya "Mak, kita dah lambat ke?". Jelingan mak buat aku berfikir, salah ke soalan aku. "Hah? Terkedek apa lagi? Jalan lah laju sikit!", celah abah. Seperti biasa, aku memang menggelabah bila kena jerkah dengan abah. "Aduh!",
tak perasan aku dah pun sampai ke anak tangga pertama surau. Bupp!!
Tersembam aku ke muka tangga. Kaki kananku terperosok di celah papan
anak tangga.. "Aih Adli, mengantuk lagi ke?", tegur Pak Hasnan, pemilik kedai runcit di hujung Kampung. "Tak lah Pak Hasnan, gelap ni, tak perasan..", jawabku selamba sambil membelek lututku yang melecet.
"Lain kali tengok jalan guna mata, jangan guna lutut!",
perli abah dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku hanya pandang muka mak
yang tersenyum mendengar kata-kata abah. Pedih lagi hati ni kalau nak
dibandingkan dengan pedih luka di lutut aku yg bergesel dengan kain
pelikat.. Sampai di rumah, cepat-cepat kain pelikat aku tukarkan dengan
seluar pendek. "Fuh.. Lega sikit..", aku menghela nafas. "Em, awal lagi ni nak ke sekolah, baring kejap lah", cadang hatiku...
"Adli! Adli! Bangun!! Agaknya kamu nak suruh abah tendang pintu bilik ni baru nak bangun?!", laung abah dari luar. Tak keruan aku dibuatnya. "Aku lewat lagi ke?", keluh hatiku sambil melilitkan tuala di pinggang. Tatkala ingin membuka seluar pendek, aku terkejut bila terlihat kain pelikat yg terikat kemas di pinggang aku. "Aik? Bila masa aku tukar kain semula?", aku bertanya sendiri. Sedang aku tergaru-garu kepala, abah dah merempuh pintu bilik sehingga terlepas selak kayunya. Abah pandang tepat ke muka aku yg sedang terpinga-pinga. "Cegat apa lagi? Pergi lah mandi! Lepas tu jangan nak buat-buat lupa qada' solat Subuh tu! Kejut kamu ni tak ubah macam kejut kayu mati! Bergerak tidak, menyahut tidak", bebel abah sambil berlalu keluar. Aku bertambah kusut. Bukan ke aku sama-sama berjalan ke surau tadi? Memang terlambat tapi tak tertinggal jemaah, dan....."Ya! Sampai tersungkur di tangga surau..", jawabku sambil meyelak kain pelikat untuk melihat kesan lecet terjatuh tadi. "Oooo, abah nak main-mainkan aku ya.. Kalau aku tak pergi surau, ni, luka ni, apa?", jawabku yakin. "Tapi, kain ni..? Bukan ke tadi.. Aku jatuh.. Balik sampai rumah, seluar pendek..", aku bingung semula. "Adli, mandi nak. Dah lewat ni", panggilan mak mematikan lamunan aku. Aku terus meluru turun ke dapur untuk mandi.
"Arrrghh.. Pedih betul luka ni". Di bilik air, aku mengelamun lagi memikirkan kejadian aneh sebentar tadi sehingga sekali lagi mak memanggil, "Adli, tak sudah-sudah lagi mandi? Cepat nak.. Nanti lewat ke sekolah", Aku bergegas menyiapkan mandi bila terlihat dari celah dinding bilik air, hari sudah terang. Keluar dari bilik air, aku semakin terkejut bila terdengar bunyi motosikal abah berlalu pergi. Itu tandanya sudah pukul 7 pagi. Waktu biasa abah ke kebun. Aku terburu-buru berlari masuk ke dalam rumah.. Bersepah selipar aku campakkan, sebelah hampir-hampir terkena mak yang sedang menyapu daun-daun kering di sekitar bilik air. Aku menoleh sekilas dan terasa lega bila melihat mak hanya tersenyum. Aku menyambung langkah menuju ke bilik untuk bersiap.
Lengkap berpakaian sekolah, aku mencapai stokin sebelum meluru keluar. Dalam aku kelam kabut, terlanggar pulak daun pintu bilik yg tadinya aku kuak. Berpinar mata bagaikan terlihat bintang di langit. Aku menyambung langkah perlahan menuruni anak tangga menuju ke dapur mendapatkan mak. "Aik, Adli. Cepat kamu bangun? Selalunya cuti-cuti sekolah macam ni, tengahari baru kamu bangun?", sapa mak sebaik melihat aku berdiri di tepi pintu menghala ke dapur dengan berkain pelikat. "Hah? Cuti sekolah? Tadi.. Mandi, lambat.. Motor abah, baju sekolah.. Eh! Kenapa kain pelikat balik? Err..", aku terkedu menghadap mak. "Kenapa Li?", tanya mak. Aku pun tak tau macam mana nak bertanya pada mak. Dari mana nak dimulakan cerita. Aku selak kain, memang ada luka kecil. Itu tandanya aku jatuh di surau tadi. Aku pegang dahi, terasa bengkak dan sakitnya. Itu tanda aku terlanggar pintu bilik sekejap tadi. "Haaa! Selipar!", aku terus meluru ke celah pasu bunga mak di luar bilik air. Mak yang bingung dengan kelakuanku hanya memerhati. Kali ini aku terduduk sebaik mencapai selipar kuning di celah pasu bunga mak. Mak pun terus datang mendapatkan aku, "Kenapa Li?"."Tadi, Li mandi cepat-cepat.. Li lambat nak pergi sekolah. Ni, selipar ni, tadi kan sikit lagi nak terkena mak, kan? Li masuk, pakai baju sekolah, lepas siap semua, Li terlanggar pintu. Turun sini, Li pakai kain balik. Tadi sebelum mandi pun sama, abah kejut marah-marah Li tak solat Subuh, Li kelam kabut, Li mandi.. Kan mak kan? Li pergi surau, kan? Dengan mak dengan abah?", lintang pukang jawapan aku. Aku tak tau nak mula dari mana. Mak hanya menggelegkan kepala sambil menyuruh aku bertenang dan pergi mandi. Dengan langkah longlai, aku menuju ke bilik mengambil tuala untuk mandi. Aku cuba melupakan segala kekeliruan tapi luka di lutut, benjol di dahi dan selipar itu.. "Arrghhh! Pening lah!", keluh hatiku.
Aku memandang tepat ke cermin yg sudah retak di hujungnya. Aku renung mukaku. "Apa masalah kau hari ni Adli?", tanyaku pada diri sendiri. Kebingunganku belum hilang lagi. Sedang aku asyik berkhayal, mak pun membuka pintu bilik. "Adli, tak siap lagi nak? Nanti lambat ke surau. Solat sunat hari raya sekali saja setahun nak.. Rugi kalau tertinggal", lembut tutur mak. Tapi ia hanya menambahkan lagi kebingungan aku. "Sekarang apa pulak? Raya? Hari ni sebenarnya hari apa? Yg mana satu?", suara hati aku semakin menggila. "Adli, cepat nak..", sambung mak yg rupanya masih memerhatikanku sejak tadi. Sekali lagi aku menuju ke bilik air dan langkah aku terhenti bila terpandang abah tersenyum duduk di sofa. "Adli, mari duduk sini sekejap. Abah nak cakap..", pinta abah lembut. Dalam kehairanan aku duduk di sebelah abah. "Adli anak sulong Abah.. Adli harapan Abah.. Adli sayang tak pada mak dan adik-adik?", aku mengangguk laju sebaik abah habis bertanya. "Kalau Adli sayang keluarga ni, Adli kena janji dengan abah Adli akan jaga keluarga ni bila abah tak ada nanti", sambung abah. "Adli janji bah.. Adli akan jaga mak dan adik-adik baik-baik. Tapi abah nak pergi mana?", balasku. Sambil tersenyum abah kata "Kita dah lewat ni.. Cepat mandi, nanti kita lewat". Walaupun aku masih bingung dengan tutur kata lembut abah yg tidak seperti selalunya, aku tetap akur dan cepat-cepat turun ke bawah untuk mandi. Selesai membersihkan diri, aku cuba mendapatkan abah tapi dia sudah tiada di tempat duduknya tadi. "Eleh, kata nak tunggu. Tapi tinggalkan jugak", gumam hatiku.
Selesai berpakaian baru, aku keluar menuju ke ruang tamu. Di situ kelihatan mak dan 3 adikku sudah bersiap dengan pakaian baru menunggu aku untuk sama-sama ke surau. "Abah mana mak?", tanyaku. Masing-masing mengerutkan dahi dan berpandangan sesama sendiri. "Kenapa?", tanyaku. "Adli, kan abah dah meninggal 2 tahun lepas. Kenapa Li?", soal mak sambil diperhatikan adik-adik yg lain. "Eh! Tadi subuh abah kejut. Kita pergi surau. Lepas tu abah marah, jatuh.. Errr.. Lepas tu tadi abah pakai baju raya duduk situ. Kan? Betul mak.. Tadi abah duduk situ masa Li nak pergi mandi", aku mengarut dalam kebingungan lalu terjelepok di hujung kaki mak yg duduk di atas sofa, tempat yg tadinya aku terlihat abah. "Mungkin Li mimpi, nak. Mak faham semua orang rindukan abah. Tambahan di pagi raya macam ni. Mak pun rindukan abah. Dahla, mari kita ke surau dulu. Balik nanti kita terus ke kubur abah ya.. Mesti abah pun rindu kan kita semua. Mari..", mak pun bangun sambil memimpin adik bongsuku yang baru berusia 7 tahun.
Aku akur dan berjalan mengekori mak. Seraya itu aku meraba lutut kananku, terasa pedihnya. Di dahi juga ada benjolnya. Apa yg sebenarnya berlaku? Aku sudah ingat, abah memang sudah meninggal 2 tahun yg lepas. Tapi pagi tadi? Abah yg kejutkan aku.. Abah yg marah aku.. Abah yg duduk di sofa tu dan berpesan supaya aku menjaga keluargaku sebaik-baiknya.. "Ya Allah, mungkin kah ini peringatan dari-Mu kerana aku sudah lalai dengan tanggungjawabku? Kau tempatkanlah roh abah bersama orang-orang yg beriman, Ya Allah.. Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin..", doaku di dalam hati sambil terus melangkah beriringan dengan mak dan adik-adik ku.. Inilah tanggungjawab yg abah tinggalkan buatku.. Kesayanganku dunia dan akhirat..
No comments:
Post a Comment